Hati Pedal Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

by - 10:52 PG

Hati Pedal Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap. Hai korang. Tengah bawa keluar bahan nak masak ke tu? Hari isnin hari tu, mommy masak kari ayam utara dan geng dia adalah hati pedal masak kicap mudah tapi sedap sangat. Hati dan pedal tu bukan beli yer tapi terkumpul sebab MIL memang tak akan masak sebab dia tak makan. Bila dan banyak, nak dibuang sayang, so, mommy masaklah juga dan boleh bagi kat adik-adik bujang mommy yang tinggal berdekatan. 

Hati Pedal Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Hati Pedal Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Hati dan pedal masak kicap di mommy tambahkan kacang buncis sebab malas nak masak sayur yang lain. Hahaha... Takpa janji meriah dan nampak menarik sedikit hati pedal ayam masak kicap mommy. Oh yer, gambar tak menarik sebab kamera telefon mommy jadi apa ntah sejak jatuh tempohari. Semua gambar jadi blur semacam. Tension mommy. Sekarang tengah pertimbangkan nak beli handphon baru atau kamera. Korang rasa yang mana lagi berbaloi, lagi sesuai untuk mommy dan blog? 

Membebel pula mommy. Nah resepi hati pedal ayam masak kicap yang mudah dan sedap...

Hati Pedal Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap
close up sikit

Inilah lauk pauk lain yang mommy gengkan dengan hati pedal masak kicap ni... Kari ayam utara, ayam goreng untuk anak-anak dan acar buah utara. Acar buah tu lebihan masa open house office hari tu. Mommy ambik sedikit untuk bawa balik dan simpan dalam fridge. Tak baik membazirkan?

Hati Pedal Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap
cadangan menu untuk hati pedal ayam masak kicap

Hati Pedal Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Bahan 

Hati pedal ayam - di potong sederhana besar dan digaul garam kunyit
10 biji kacang buncis - di potong serong 
1 biji cili merah besar - dipotong serong
2-3 biji cili padi - belah 2
1 biji bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kulit kayu manis
5-6 sudu besar kicap
asam jawa secukupnya
garam secukupnya
minyak untuk tumis


Caranya

Panaskan air dan masukkan hati dan pedal ayam yang telah digaul garam kunyit. Biarkan sehingga hati dan pedal masak sepenuhnya dengan api sederhana. Boleh juga sehingga kering air. Angkat dan ketepikan.

Dalam kuali yang sama, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, cili padi sehingga wangi. Masukkan kicap dan air asam jawa secukupnya. Biarkan sehingga mendidih seketika dan masukkan hati pedal yang telah di rebus tadi. Gaul rata sehingga sebati. 

Masukkan kacang buncis dan cili besar. Gaul rata. 

Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain. 

Selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments