Menu Lontong Di Hari Raya Ke-6

by - 1:53 PTG

Menu Lontong Di Hari Raya Ke-6. Yang ni pun tetamu yang tiba-tiba nak datang. Call pepagi habaq nak mai. Takdak idea nak masak apa, terus tanya tetamu nak makan apa? Depa request lontong. Teringin nak makan katanya. Kihkih. 

Terus ke dapur, zasss rebus nasi himpit segera dalam rice cooker. Zass siap ke market untuk beli ayam ,sayuran,tauhu tempe dan santan. Beli ayam sebab encik suami pernah cakap, kalau buat lontong.. buat sambal ayam. Dia suka makan lontong dengan sambal ayam. 

Balik rumah terus start masak. Alhamdulillah sebelum tetamu sampai, dah siap masak. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap Sama Sambal Ayam

Dua versi lontong. Yang atas versi lontong letak sambal ayam, yang bawah lontong saja... Yang bawah tak rasa pedaslah.. 

lontong, resepi lontong, recipe lontong, resipi lontong, menu lontong, cara masak lontong, lontong, mudahnya masak lontong, menu raya, lontong menu pilihan raya, langkah demi langkah masak lontong, lontong mudah dan sedap, sedapnya lontong, idea menu raya, idea menu rumah terbuka raya,
Lontong Mudah Dan Sedap

Resepi Lontong Mudah Dan Sedap


Bahan

Nasi himpit - guna jenama NONA atau ADABI yang saiz kecil. Ada 30 bungkus dan sesuai untuk 15 orang (anggaran). Rebus, tos dan biarkan sehingga sejuk terlebih dahulu. Baru senang nak potong gituuu.


Bahan Kuah Lontong

Santan - RM 6 santan segar + 1 kotak kecil santan jenama Ayam Brand
1 bungkus tempe - potong kecil
3 ketul tauhu - potong kecil - sama saiz dengan tempe
5 helai Kobis Panjang - potong
1/3 biji ubi sengkuang - potong memanjang macam fries
1/2-1 batang Carrot - potong memanjang / bulat
RM0.50 suhun - rendam dan di gunting 2
2-5 helai fucuk - rendam dan potong lebih kurang 2cm
1 genggam udang kering kecil/halus
1 keping asam keping/gelugor
1.5 liter air
garam secukupnya

Bahan Kisar

3 biji bawang besar
2 cm halia
2-3 cm lengkuas
3-5 batang serai
2-3 biji buah keras
2 cm kunyit hidup


Caranya

Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.

Masukkan air dan biar sehingga mendidih lagi. 

Masukkan tempe, tauhu, carrot, ubi sengkuang dan udang kering. Biarkan ia sehingga mendidih dan sedikit masak.

Tambah santan dan masukkan kobis panjang, suhun, fucuk serta garam. Kacau perlahan sehinggan sebati dan santan masak sepenuhnya. 

Rasa dan tutup api. 

Hidang bersama nasi himpit dan sambal ayam ketika kuah lontong masih panas. 


Resepi Sambal Ayam 

Bahan:

1 ekor ayam - di potong kecil macam hendak buat ayam goreng kunyit. Di gaul garam kunyit dan di goreng sekejap. Ketepikan.
3-5 sudu cili kisar
asam jawa secukupnya
garam secukupnya
gula secukupnya
Minyak secukupnya


Bahan kisar

3 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 cm halia

Caranya

Panaskan minyak ( guna balik minyak goreng ayam tadi) dan tumiskan cili kisar sehingga sedikit garing dan wangi.

Tambah bahan kisar dan kacau sebati. Biar sehingga masak sepenuhnya.

Masukkan garam, air asam dan gula secukupnya. Biarkan sebati sebelum tambah ayam yang telah di goreng tadi.

Gaul rata dan rasa.

Angkat dan hidangkan bersama lontong atau nasi panas.

You May Also Like

0 comments