Sandwich Ayam Panggang

by - 4:23 PTG

Sandwich Ayam Panggang. Ini breakfast bila mommy cuti atau weekend. Suka makan macam ni sebab di luar takdak yang jual. Kalau adapun hanya di subway.. Nak buat sandwich jenis ni senang sangat tapi yang penting rasa dia sedap dan mengenyangkan.

Untuk lebih diet pula, lebih baik guna wholemeal bread. Kalau roti putih biasa ni kurang la sikit sebab roti yang ini ada rasa manis sikit... Sebab roti putih, ambil sekeping saja. tu pun dah kenyang sampai tengahari. 

Lagi satu, yang mommy suka buat sendiri sandwich ni sebab boleh letak ayam dan sayur banyak-banyak. hihi... Suka hatilah nak letak banyak mana sebab buat sendiri kannnn. Korang pun boleh buat juga..

Sandwich Ayam Panggang, sandwich, sandwich ayam, roti, roti gardenia, resepi sandwich ayam, respi sandwich, sandwich ayam mudah dan sedap, ayam, chicken sandwich, roti ayam, cara buat sandwich ayam, buat sendiri sandwich ala subway, sandwich ayam subway
Sandwich Ayam Panggang

Sandwich Ayam Panggang, sandwich, sandwich ayam, roti, roti gardenia, resepi sandwich ayam, respi sandwich, sandwich ayam mudah dan sedap, ayam, chicken sandwich, roti ayam, cara buat sandwich ayam, buat sendiri sandwich ala subway, sandwich ayam subway
Sandwich Ayam 


Sandwich Ayam Panggang


Bahan 

1 keping dada ayam - diperap dengan sos lada hitam.
Lettuche - di potong kecil dan di gaul dengan mayonis
Timun - di hiris bulat
Tomato - di hiris bulat
Sos Lada Hitam
Roti


Caranya

Panggang ayam sehingga masak. Kemudian hiris nipis.

Ambil roti, letakkan lettuche, tomato dan timun serta ayam. Tuangkan sos lada hitam ke atasnya.

Siap dan sedia di makan.

** boleh saja kalau nak letak sos cili tapi mommy legi suka sos lada hitam saja..

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers