Mahalnya Harga Ikan Bilis Sekarang

by - 2:12 PTG

Minggu lepas mommy berkesempatan ke Tanjung Dawai. Saja jalan-jalan sambil tebarkan jala untuk menjala ikan bilis dan ikan talang. Tapi sebelum menebar jala tu, mommy terkejut melihat harga ikan bilis. Tak sangka begitu mahal. Yang siap kopek RM 35 untuk 500gram. Belum sekilo uolls. Harga ini untuk yang paling murah untuk ikan bilis. Lain jenis lain harganya.. Rasa-rasanya dua tahun lepas baru dalam RM 20 bagi 500 gram. Yang belum di kopek pula RM 20 untuk 500gram. Ini untuk jenis yang sederhana dan sedap. Yang mahal boleh sampai RM 27 untuk 500gram... 



Tak fikir dua kali, mommy ambil yang belum kopek 500 gram untuk jenis yang RM 20 (500gram) dan RM 10 untuk jenis yang lain. Dua-dua belum kopek lagi... Nanti mommy kena rajinkan diri mengopek ikan bilis sambil tengok drama-drama yang belum sempat mommy layan. 



Serius mommy tak sangka harga ikan bilis sebegini mahal. Bukan lagi makanan orang biasa-biasa.. Dah jadi makanan orang kaya-kaya. Macam manalah harga nasi lemak tak mahal. Allah.

Yang peliknya harga ikan talang tak pula mahal. Masih macam dulu-dulu. Seekor yang besar baru RM 20. Tercari logik di mana yang menyebabkan harga ikan bilis mahal.. huhu. 

Kat tempat korang macam mana pula? Sama harga ke? Ke masih murah? 



You May Also Like

0 comments

Google+ Followers