Sambal Petai Daging

by - 8:00 PG

Sambal Petai Daging. Korang pernah makan tak sambal petai daging? First time makan adalah di awal perkahwinan dulu. Sebab belah kedah kalau sambal petai lebih femes dengan sambal petai sama ikan bilis ataupun udang. Kalau sambal petai daging tu memang tak pernah jumpa lagilah. First time rasa, oh not bad rasanya. Lama-lama suka pula.. hahaha

Menu ni MIL yang request suruh masak. Dah lama tak masak sebenarnya sebab Darah tinggi MIL asyik naik ja dan dia selalu dok pening dan sakit kepala. Bila dia request, mommy buatlah... Cuma kali ni daging tu mommy masak sampai kering air daging baru masukkan minyak dan lain-lain bahan sambal. Daging cepat empuk rupanya cara ni. Cara ni mommy perolehi dari mak saudara masa balik kampung tempohari... Tolong dia masak pastu dok hairan kenapa masukkan daging dalam kuali tanpa minyak. Rupa-rupanya bagi kering air daging dan daging cepat empuk. So, bila dah tahu cara... mommy cubalah pula bila masak di rumah sendiri. So, share di sini juga untuk korang cuba....

Okaylah ini resepi sambil petai daging. Simple saja tapi boleh tambah nasi 2 kali... hahaha

Sambal Petai Daging, sambal petai, resepi sambal petai, resepi sambal petai mudah dan sedap, sedapnya sambal petai, resepi petai, resepi daging, resepi sambal petai daging, resepi sambal daging, daging sambal, petai dan daging, mudahnya masak petai, mudahnya masak daging, resepi daging mudah dan sedap, menu daging, menu petai, petai, daging, resepi sambal, resepi sambal mudah dan sedap,bahan sambal petai, cara masak sambal petai,
Sambal Petai Daging


Sambal Petai Daging


Bahan

1kg daging tetel/racik - di bersihkan terlebih dahulu
1 ikat petai - kopek, ambil biji saja.
RM 2 santan
6 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak
Garam


Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Caranya

Panaskan kuali. Masukkan daging yang telah di bersih dalam kuali. Biarkan sehingga air daging betul betul kering.

Masukkan minyak. Masak sehingga daging empuk. 

Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga sedikit garing.

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih.

Tambah petai, garam dan asam keping. Biarkan sehingga sambal petai masak sepenuhnya dan sambal berminyak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk lain.



Selamat mencuba!




You May Also Like

0 comments

Google+ Followers