RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP

by - 9:35 PG

Resepi Cempedak Goreng Rangup. Selalunya mommy buat cempedak goreng menggunakan tepung beras yang di campurkan dengan air kapur dan garam. Bancuhan tu tak berapa tebal tapi sedap sebab itu adalah resepi orang dulu-dulu. Hari terbaca resepi cempedak goreng rangup yang di kongsi oleh ahli FB Page  Masak Apa Hari ini... So, trylah buat menggunakan resepi tu. Alhamdulillah menjadi dan suami kata sedap lah pulak.  Dari nak rasa seulas dah jadi berulas-ulas. kihkih.

So, kalau korang nak nak buat cempedak goreng boleh cuba resepi ni sebab salutan dia tebal, tak berminyak, rangup dan ras rangup tu kekal walaupun dah sejuk.

cempedak goreng rangup


RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP


Bahan 

    Sebiji cempedak
    2 senduk kecil tepung beras
    1 senduk kecil tepung gandum
    1 sudu besar tepung jagung
    1 biji telur
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    Sedikit garam (secukup rasa)
    Air secukupnya

Cara

Belah cempedak dan keluarkan ulas-ulas isinya.

Campurkan tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung dan taburkan serbuk garam. Gaul segala tepung bagi sebati dan masukkan sebiji telur. Gaulkan lagi.

Kemudian masukkan air. Bagi jadi batter yang tak cair dan tak pekat sangat. Agak-agak bila kita masukkan ulas cempedak tu, adunan boleh melekat.

Pastu masukkan serbuk kunyit sedikit bagi adunan warna kekuningan.

Celup ulas-ulas cempedak dan kemudian goreng dalam minyak panas. Bila dah nampak kekuningan boleh angkat dan toskan.

 Siap untuk dihidang.


You May Also Like

0 comments

Google+ Followers