Menu Diet Untuk Encik Suami

by - 11:08 PG

Menu Diet Untuk Encik Suami. Sejak bulan lepas suami mommy dok diet dan pergi gym untuk workout. So sebagai isteri mithali ( jangan gelak tau) kenalah support suami. Tapikan kalau nak tahu diet kita pun jadi mudah bila suami berdiet. Sejak encik suami berdiet, akak pun diet sama cuma workout tu tak sekerap encik suamilah. Bila ada masa ja buat... 

Sebagai supporter kepada encik suami akak akan cuba masak menu yang kurang karbohidrat dan lemak. Menu-menu tanpa lemak dan karbo ni senang saja janji rajin sikitttt... So, ni antara menu wajib untuk breakfast encik suami. Omelette yang di pelbagaikan bahan. Kalau korang nak tahu, omelette yang banyak bahan dalamnya lagi sedap dan mengenyangkan. Tak caya, cubalah buat.

omelette, cara buat omelette, omelette sedap, omelette mudah dan sedap, sedapnya omelette, mudahnya buat omelette, resepi omelette mudah dan sedap, omelet sedap, cara masak omelette, bahan omelette, omelette untuk diet, telur dadar, telur dadar sedap, sedapnya telur dadar, resepi sedap telur dadar, telur dadar mudah dan sedap
Omelette aka telur dadar

omelette, cara buat omelette, omelette sedap, omelette mudah dan sedap, sedapnya omelette, mudahnya buat omelette, resepi omelette mudah dan sedap, omelet sedap, cara masak omelette, bahan omelette, omelette untuk diet, telur dadar, telur dadar sedap, sedapnya telur dadar, resepi sedap telur dadar, telur dadar mudah dan sedap
Omelet mudah dan sedap

RESEPI OMELETTE SAYURAN


Bahan

2 biji telur
1 keping cheese - di potong halus
5-10 biji tomato ceri - di belah 2
3-4 batang asparagus - gantikan dengan kacang buncis
5-10 helai daun bayam
Daun bawang - di potong halus
Daun sup - di potong halus
garam secukupnya

Caranya

Pecahkan telur dalam satu bekas. Masukkan garam dan pukul sehingga kembang.

Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan telur.

Kemudian masukkan atau tabur bahan lain seperti cheese, bayam, asparagus,tomato, daun bawang dan daun sup. 

Biar seketika sehingga masak. Kemudian alih untuk masakkan bahagian atas pula.

Setelah Omelette masak sepenuhnya, angkat dan hidangkan bersama salad segar. 

Selamat mencuba.

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers