Cheezy Spiral With Meatball

by - 9:55 PG

Cheezy Spiral With Meatball. Ini antara menu yang cepat di sediakan.. Yelah bila mommy balik kerja dan masuk ke rumah terus terdengar suara ' Mommy kami lapar '. Boleh tepuk dahi korang kalau dengar ni. Macamlah kat rumah takdak menda nak makan. Roti Gardenia besar panjang wajib ada kat rumah, biskut pun ada kat rumah, Stok maggi ada juga tapi boleh makan bila di benarkan saja.. Stok aiskrim dan macam-macam stok lagilah yang wajib ada. Bila dengar suara kata lapar ja terus automatik naluri keibuan rasa kesiannya anak-anak aku ni. Masuk saja dalam rumah, letak bag, tukar baju terus ke dapur untuk melihat apa yang boleh di sediakan. Ketung ketang ketung ketang siaplah Cheezy Spiral With Meatball. Di samping tu mommy sediakan juga kentang dan nugget untuk si kecil. Alhamdulillah walaupun mommy masak simple macam ni pun habis di makan anak-anak. Nampak sangat laparkan? hihi..

Cheezy Spiral With Meatball, meatball, pasta, spiral, resepi pasta, resepi spiral, mudahnya masak pasta, pasta sedap dan mudah, pasta kesukaan anak-anak, resepi pasta mudah dan sedap, sedapnya pasta, buat sendiri pasta, pasta, masak sendiri makanan barat, mudahnya masak western, cara masak pasta, bahan  pasta, pasta sedap,
Cheezy Spiral With Meatball

Cheezy Spiral With Meatball, meatball, pasta, spiral, resepi pasta, resepi spiral, mudahnya masak pasta, pasta sedap dan mudah, pasta kesukaan anak-anak, resepi pasta mudah dan sedap, sedapnya pasta, buat sendiri pasta, pasta, masak sendiri makanan barat, mudahnya masak western, cara masak pasta, bahan  pasta, pasta sedap,
Spiral & the gang 


Okaylah di sini mommy nak kongsikan resepi cheezy spiral with meatball. Yang ni tak guna ready made sos. Guna bahan-bahan yang ada kat rumah saja...


Cheezy Spiral With Meatball


Bahan

1/2 paket Spiral - di rebus sehingga lembut
10 biji meatball
2 ulas bawang putih
2 sudu besar tepung gandum - di campur dengan air sehingga bancuhan tepung menjadi barter.
4 sudu besar susu tepung - di bancuh dengan air 1 cawan
2 keping cheese
2 sudu besar minyak masak/zaitun
garam secukupnya
tomato ceri - di belah 2
Cili benggala - di potong dadu
daun sup


Caranya

Panaskan minyak. Goreng meatball sehingga sedikit garing. Ketepikan.

Minyak yang sama, tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan susu dan bancuhan tepung. Gaul rata.

Apabila mendidih, masukkan garam dan cheese. Masa ni boleh guna pemukul telur untuk pastikan sos sekata dan rupa sos lebih smooth.

Bila dah mendidih dan sos sudah cukup rasa, masukkan spiral, cili benggala dan meatball. Gaul rata. 

Sebelum angkat, boleh letak tomato ceri dan daun sup. Gaul rata. 

Angkat dan hidangkan dalam bekas yang sesuai. 


Selamat mencuba. 

You May Also Like

1 comments

  1. Salam perkenalan kak. GV follow G+ akak ya. Sedap juga makan western ni kan kak. Chezy spiral with meatball. Sedap tu kak. :)

    BalasPadam

Google+ Followers