Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis

by - 10:33 PG

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis ~ Mak mak sangat sampai tak tahu nak masak apa.. Kita makan kat cafe opis, ada lauk macam-macam. Bila nak masak sampai tak tahu nak masak apa sebab lauk ni dah makan dah hari tu, menu ni dah makan semalam dan macam-macam lagilah. Fikir punya fikir nak masak apa terus teringat nak makan yang pedas tapi ada rasa masam dan masin sikit... Maka terjadilah Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis. Pernah rasa dulu tapi tak ingat sapa yang masak dan di mana tapi rasa tu masih ada di dalam minda mommy. 

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis ni versi mommy campak-campak saja. Bila rasa dah kena dengan taste dan anak-anak suka, mommy kongsilah di sini... Boleh la korang cuba juga. Senang, cepat dan pastinya sedap. 

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis,resepi Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis, ikan kembung, masak kicap ikan, ikan masak kicap, kicap, kicap manis, cara masak kicap ikan, cara masak kicap sedap, ikan masak kicap sedap, ikan masak kicap mudah dan sedap, resepi ikan masak kicap mudah dan sedap, ikan masak kicap mudah dan sedap, sedapnya ikan masak kicap, ikan kicap, menu ikan mudah dan sedao, menu sahur, menu berbuka, menu mudah untuk berbuka, menu mudah untuk sahur, menu sahur, resepi bulan ramadhan, bahan masak kicap ikan, ikan, ikan kembung, cara masak ikan kembung, resepi ikan kembung, resepi masak kicap, resepi menggunakan kicap, kicap dan ikan

Bahan

6 ekor ikan kembung - di gaul garam kunyit dan di goreng sedikit garing. Ketepikan.
5-6 biji cili padi - di belah dua
1 labu bawang besar - di potong separa bulat
5 ulas bawang putih - di racik
2cm halia - di racik
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar kicap manis
1-2 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
1/2 cawan air

Caranya

Tumis bawang besar, halia, bawang putih, cili padi dan kulit kayu manis sehingga wangi.

Masukkan air, cuka, garam dan sos tiram. Biarkan sehingga mendidih dan rasa telah sebati. 

Masukkan ikan kembung dan gaul rata. Biarkan mendidih dan rasa kuah menyerap dalam ikan. 

Rasa dan jika kurang masin boleh tambah garam. Jika sudah cukup, angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan sayur. 

You May Also Like

1 comments

  1. Kalau dah kenyang lagilah tak tau nak masak apa CH. Masak kicap ni masakan paling senang dan sedapkan...

    Jarang buh cuka dlm masakan. Masuk asam jawa je

    BalasPadam

Google+ Followers