Sambal Petai Udang Mudah Dan Sedap

by - 7:03 PG

Sambal Petai Udang Mudah Dan Sedap ~ Sesekali layan lauk kampung memang sedap. Kali ini mommy teringin sambal petai udang. Mommy tak makan petai sebenarnya tapi suka sambal yang ada rasa petai. Rasa unik petai dan manis udang menjadi tarikan. Mommy kalau ada lebihan sambal petai memang akan buat nasi goreng sambal petai. Sedap tau!

Kalau buat sambal petai, mommy suka sambal yang pekat dan berbalut di petai dan udang. Tak suka yang cayaq! Pastu sambal tu pula mesti masak sampai berminyak. Baru la sambal tahan lama..

Korang pula suka sambal petai yang macam mana?

Sambal petai, sambal petai sedap, sambal petai mudah dan sedap, sambal petai  udang, sambal udang petai, sambal udang, sambal udang petai sedap, sambal udang petai sedap dan mudah, sambal petai mudah, sambal udang mudah dan sedap, mudahnya masak sambal petai  udang, mudahnya masak sambal petai udang, bahan untuk buat sambal petai, bahan untuk buat sambal petai udang, cara masak sambal petai, langkah-langkah untul buat sambal petai udang
Sambal petai udang mudah dan sedap


Sambal Petai Mudah Dan Sedap


Bahan

6 papan petai - di kikis kulit, di potong kecil dan si rendam dgn air garam.
1/2 kg udang kertas saiz s
RM 2 santan
6 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak
Garam

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Caranya

Panaskan minyak. Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga sedikit garing.

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih.

Tambah udang, petai, garam dan asam keping. Biarkan sehingga udang dan petai masak sepenuhnya dan sambal berminyak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk lain.

Selamat mencuba!


You May Also Like

1 comments

Google+ Followers