Bawal Goreng Cili Kicap

by - 3:34 PTG

Bawal Goreng Cili Kicap. Assalamualaikum wbt & hi. Lamanya mommy tak update blog.. Ada jer sebab mommy dok catch up beberapa perkara makanya blog ni terabai sikit. Korang suka tak makan bawal goreng panas-panas cicah dengan cili kicap? Mommy suka dan boleh bertambah nasi. Selalunya mommy akan ke restoran nelayan di Bagan Luar Butterworth tapi cili kicap dia tak berapa nak menepati citarasa mommy. Ada sesuatu yang kurang.. hihi. Jadinya, untuk memenuhi selera mommy.. Mommy akan buat sendiri Bawal Goreng Cili Kicap. Untuk bawal goreng cili kicap ni mesti geng dengan kari kepala ikan atau kari ikan penang. Sedap baq hang!

Untuk resepi kari ikan borang boleh tengok di Kari Ikan Temenung Lemak  atau Kari Kepala Ikan. Dua-dua sedap. Eh!. hahaha... Hari ini mommy nak kongsikan cara buat cili kicap yang sedap sampai tak nak kongsi dengan orang lain. Senang saja... pejam mata pun boleh buat. Untuk bawal goreng tu, korang gaul garam kunyit dan goreng garing sebelum hidang nasi. Jangan goreng awal-awal sebab nanti tak sedap.


RESEPI SAMBAL KICAP, resepi sambal kicap, sambal kicap, bawal goreng panas sambal kicap, sambal cili, sambal cili kicap, cili kicap, resepi cili kicap, resepi sambal cili kicap, cili kicap bawal goreng panas, bahan-bahan cili kicap, bahan-bahan sambal cili kicap, cara buat sambal cili kicap, kicap, cili, sambal cili kicap ikan goreng, bawal, bawal goreng, bawal goreng panas
Bawal Goreng Cili Kicap


RESEPI SAMBAL CILI KICAP

Bahan:

7 biji cili padi - hiris kecil
1 labu bawang besar - di hiris separa bulat dan nipis
2 biji limau kasturi atau separuh limau nipis
5 sudu besar kicap


Caranya:

Satukan semua bahan dan gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama dengan bawal,  kari dan nasi panas-panas.



notes:

Jangan tambah air panas/ air suam dalam sambal kicap. Kalau kurang kicap, just tambah kicap. Sebab bila bercampur dengan air, rasa sambal kicap dah tak kick.



You May Also Like

2 comments

  1. Salam kenal dan singgah sini.blog saya https://cararesepi.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Yg penting senang dan cepat ye CH. Sedap pun sedap. Perah pulak limau sambal!
    Tp yg biasa buat guna bawang putih dan cili jer.

    BalasPadam

Google+ Followers