Nasi Goreng Kampung Style

by - 7:43 PG

Nasi Goreng Kampung Style ~ Mommy ni boleh di katakan hampir setiap hari buat nasi goreng. Tapi bukan nasi goreng yang sama setiap kali masak. Selalunya lain-lain dan mengikut apa lauk yang berbaki semalam. Jimat! hihi.. Okaylah hari ini mommy nak kongsikan nasi goreng kampung. Original kampung sebab ni resepi turun temurun dari arwah mak. Kami adik beradik 6 orang... Nak keluar ke kedai jauh. So, nak isi 6 perut anak-anak adalah dengan buat nasi goreng. Tambah-tambah lagi time hujan. Sedap oooo..

Kalau perasan dalam entry yang sebelum ini, mommy ada mention yang lauk lebihan semalam jangan di buang. Kalau nak simpan lama, letak kat tempat beku ja. haha.. Nak guna keluar dan panaskan. 

nasi, nasi goreng kampung, nasi goreng, resepi nasi goreng, resepi nasi goreng kampung, resepi nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng kampung mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, cara buat nasi goreng, cara buat nasi goreng kampung, nasi goreng mak mak, nasi goreng sedap, bahan nasi goreng kampung,
nasi goreng kampung

nasi, nasi goreng kampung, nasi goreng, resepi nasi goreng, resepi nasi goreng kampung, resepi nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng kampung mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, cara buat nasi goreng, cara buat nasi goreng kampung, nasi goreng mak mak, nasi goreng sedap, bahan nasi goreng kampung,
bekal ke opis


Nasi Goreng Kampung Mudah Dan Sedap

Bahan
Nasi - untuk 4-5 orang 
3 ekor Ikan sardin/ selayang yang telag di goreng - ambil isi saja dan tumbuk
3 sudu besar minyak
2 biji telur ayam - goreng hancur
garam secukupnya.

Bahan Tumbuk
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah besar


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan sedikit garing.

Masukkan ikan goreng yang telah di tumbuk. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit garing.

Masukkan nasi dan garam secukupnya. Gaul rata.

Sebelum angkat, masukkan telur hancur dan gaul rata.

Angkat dan hidangkan dengan kopi o panas. 

Sedap!



Selamat mencuba.




You May Also Like

0 comments

Google+ Followers