Kacang Botol Goreng Bercili

by - 4:21 PTG

Kacang Botol ~ Hi & salam jumaat. Sedar tak sedar dah sampai penghujung hari bekerja dalam minggu ini. Hari ini mommy nak perkenalkan cara mommy menikmati kacang botol atau kacang kelisa. Mommy cuma nikmati kacang botol jika di buat dua menu ini iaitu goreng dan kerabu. Kalau di buat ulam, tekak mommy tak berapa nak boleh telan. hehe...

Hangpa makan kacang botol macam mana?

Kacang Botol Goreng Bercili, kacang botol, resepi kacang botol, menu kacang botol, kacang botol sedap, resepi kacang botol mudah dan sedap, kacang kelisa, resepi kacang kelisa, nama lain kacang kelisa, nama lain kacang botol, resepi kacang kelisa mudah dan sedap, kacang kelisa, ulam, sayur mudah dan sedap, kacang, resepi kacang botol, resepi kacang kelisa
Kacang botol

Di sini, mommy kongsikan resepi kacang botol goreng. Bila di buat goreng, rasa dia sedap macam kacang buncis gak. 



Kacang Botol Goreng Bercili, kacang botol, resepi kacang botol, menu kacang botol, kacang botol sedap, resepi kacang botol mudah dan sedap, kacang kelisa, resepi kacang kelisa, nama lain kacang kelisa, nama lain kacang botol, resepi kacang kelisa mudah dan sedap, kacang kelisa, ulam, sayur mudah dan sedap, kacang, resepi kacang botol, resepi kacang kelisa
Kacang Botol Goreng Bercili

Resepi Kacang Botol Goreng Bercili


Bahan

10 biji kacang botol - di potong menyerong dan tebal 0.5cm
2 sb minyak masak
1 biji telur ayam
garam secukupnya

Bahan tumbuk

1/2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
1 biji cili besar


Caranya

Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk sehingga wangi. Tambahkan garam.

Masukkan telur dan kacau hancur sehingga sedikit garing.

Masukkan kacang botol. Gaul rata sehingga masak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas serta lauk lain.


You May Also Like

0 comments

Google+ Followers