Fried Angel Hair

by - 1:59 PTG

Fried Angel Hair ~ Alah spaghetti yang halus tu nama dia angel hair. Mommy suka angel hair ni di buat goreng. Kalau makan dengan carbonara atau bolognaise kurang sikit. Mommy aje.. korang punya citarasa lain kot. spaghetti, angel hair, mee kering dan segala mak nenek stok kering memang ada tersimpan kat rumah. Senang kalau mommy terrrr rajin nak masak, terrrr paksa masak dan malas nak keluar. hahaha.

Angel hair goreng ni senang ja uolls. Resepi macam mee goreng cuma tak letak kicap. Version mommy suka letak ayam, sosej atau udang banyak-banyak. Kalau boleh satu sudu, seketoi ayam. Hihi. 


Fried Angel Hair, angel hair goreng, spaghetti goreng, fried spaghetti, resepi angel hair mudah dan sedap, resepi angel hair goreng mudah dan sedap, resepi spaghetti goreng mudah dan sedap, spaghetti goreng mudah dan sedap, bahan spaghetti goreng, cara membuat spaghetti goreng, menu mudah dan sedap, menu makan malam mudah dan sedap, sedapnya spaghetti goreng, cara memasak spaghetti goreng,
Fried Angel Hair



Fried Angel Hair


Bahan

1/2 angel hair - direbus sehingga lembut dan di tos
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - potong bulat
2 dada ayam - potong kecil dan di gaul dengan sedikit garam
10 biji mini sosej - potong serong
1/2 cili benggala - di potong keci
2 biji tomato - di cincang halus
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar minyak masak/zaitun
Garam secukupnya
Daun sup
1/2 cawan air


Caranya:

Panaskan minyak, goreng ayam sehingga sedikit garing atau kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Kemudian, goreng sosej sehingga sedikit garing.  Angkat dan ketepikan.

Baki minyak tersebut, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan biarkan ia masak atau berminyak.

Tambah tomato, sos cili, air dan garam. Biarkan sehingga tomato sebati dengan cili iaitu mendidih dalam 10minit dengan api sederhana.

Masukkan angel hair, ayam, sosej dan cili benggala. Gaul sebati. 

Angkat dan taburkan daun sup sebelum hidang. 


Selamat mencuba!


p/s : mommy tak letak daun sup sebab kat umah takdak stok. 


You May Also Like

0 comments

Google+ Followers