Bihun Sup Mudah Dan Sedap

by - 7:17 PTG

Semalam tak tahu nak makan apa. Nak keluar pergi beli pun tak tahu apa yang nak di belikan.. Nak makan beger kampung pun dah jemu.. Tiba-tiba dapat idea nak buat bihun sup siam letak fish ball, fish cake dan jejari ketam. Senang. Nak guna ayam, ayam keras beku. Nak tunggu ais cair, lambatlah nak masak dan makan. So, guna yang senang saja..

Alhamdulillah encik suami kata sedap. Yerlah bangga kita tau. Sebab ini kali pertama buat sup siam. Sup utara dan sup manis dah selalu buat. 

Versi mommy letak sayuran banyak-banyak. Sebab tengah mengamalkan pemakanan sihat. 


Bihun sup mudah dan sedap, resepi bihun sup, resepi bihun sup mudah dan sedap, bihun sup mudah dan sedap, bihun sup siam, bihun sup, bihun sup bebola ikan, bihun sup pick & mix, bihun, sup, sup siam
Bihun sup siam

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Sedap


Bahan

1/2 bungkus bihun sup (4org makan)
Pick & mix 
1 ketul kiub ayam
2 biji tomato - di belah 4 atau 6
2 pokok sawi
2 helai kobis panjang
1 biji bawang besar - belah 6
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 sudu besar rempah sup 
2 sudu besar minyak
2 sudu besar air perahan limau nipis
1 liter air
Bawang goreng
Daun sup
3 biji telur ayam

Bahan kisar
2cm halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Caranya

Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga wangi.

Masukkan bahan kisar dan rempah sup. Biarkan sedikit garing.

Masukkan air, kiub ayam, garam dan tomato.  Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan perahan air limau, bawang besar yang di belah 6, cili padi. Biarkan mendidih. 

Lepas itu, pecahkan telur. Setelah telur agak masak, masukkan pick & mix, sayuran dan bihun. Biarkan mendidih sehingga sayur masak sepenuhnya

Angkat dan hidangkan panas-panas.

Maveles u!






You May Also Like

0 comments

Google+ Followers