Sambal Telur Puyuh

by - 10:42 PG

Sambal Telur Puyuh ~ Dah lama tak makan telur puyuh sebenarnya. Ada jual kat market sebenarnya tapi malas nak pusing-pusing cari. Kebetulan kawan satu opis dok tanya sapa nak telur puyuh, terus order 50 biji dengan dia. Hajat di hati nak buat sambal telur puyuh nak makan dengan nasi lemak tapi malas pula nak buat. Buat sambal telur puyuh untuk lunch tengahari saja. Geng dengan sup bayam dan ikan goreng. Sedap sampai rasa nak tambah nasik. Hihi

Mommy suka sambal telur puyuh versi pekat dan bersalut dengan telur. Baru sedap dan menjilat jari. 

Oklah. Kat sini mommy kongsikan resepi yang ringkas dan sedap ni. Rasa macam nak beli lagi minggu ni untuk di buat sambal nasi lemak pula. Harap2 ada lagi..

sambal telur puyuh, telur, sambal telur, telur puyuh sedap, sambal telur puyuh sedap, cara masak telur puyuh, resepi mudah dan,sedap telur puyuh, telur puyuh, menu berasaskan telur puyuh, Resepi Sambal Telur Puyuh, bahan sambal telur puyuh, mudahnya masak telur puyuh, sambal nasi lemak, menu sahur mudah dan sedap, menu berbuka mudah dan sedap,
Sambal telur puyuh

Resepi Sambal Telur Puyuh


Bahan

50 biji telur puyuh - di rebus dan di buang kulitnya
5 sb cili kisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih -  dikisar
2 cm halia - dikisar
3 sb minyak masak
1 kpg asam gelugor
Garam secukupnya
Gula secukupnya



Caranya

Panaskan minyak. Tumis cili kisar sehingga sedikit garing. 

Masukkan bahan kisar.  Biarkan sehingga masak dan sambal menjadi pekat berminyak.

Masukkan asam keping, garam dan guka. Biarkan sehingga mendidih dan rasa garam, gula dan asam bersatu. Rasa

Masukkan telur burung puyuh. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas , ikan goreng serta sup sayur.

Selamat mencuba.





You May Also Like

1 comments

  1. Sempoi punya resepi. Ni kalau ada anak dara tak tahu nak masak apa, patut tgk resepi ni ... :)

    Blogzine Peribadi HASRULHASSAN.COM

    BalasPadam

Google+ Followers