Resepi Mee Kuah Tulang Sedap Dan Mudah

by - 5:33 PTG

Mee Kuah Tulang ~ Mee Kuah Tulang ni favorite suami ngan MIL. Mommy masak dan makan ja tapi bukan fav mommy. hihi. Mee Kuah Tulang ni mommy buat sebab FIL bagi sup tulang korban banyak dan tak habis makan. Tekak pula dah tak lalu nak telan sup. Faham-fahamlah bila raya haji. Kau pergi rumah saudara mara yang buat korban, confirm di jamunya sup daging tulang dan air asam. Belah kedah style ni yer. Bahagian yang sedekah tetap sedekah dan bahagian yang buat kenduri tetap ada untuk tetamu yang datang. Bila dah tak lalu nak ngadap sup, mommy pun gunakan sup dan isinya untuk buat Mee Kuah Tulang. Oh yer, sup daging atau tulang belah kedah tidak menggunakan perencah sebab tulah boleh buat mee kuah. 

Resepi Mee Kuah Tulang Sedap Dan Mudah, mee kuah, mee kuah tulang, mee tulang, mee kuah utara, mee kuah pulau pinang, mee  kuah sedap,
Mee Kuah tulang sedap

Okaylah mommy nak balik awal hari ni. So, ini resepi mee kuah tulang kesukaan keluarga mommy...

Mee Kuah Tulang



Resepi Mee Kuah Tulang Sedap Dan Mudah, mee kuah, mee kuah tulang, mee tulang, mee kuah utara, mee kuah pulau pinang, mee  kuah sedap,
Mee Kuah Tulang


Bahan Kuah

Mee kuning - 2 bungkus ( boleh di gantikan dengan koay teow atau mee segera)
1/2 kilo daging rincik - yang siap potong dan ada lemak-lemak tu. Rebus terlebih dahulu
1/2 tin tomato soup - akak guna jenama kimball
3 sudu besar cili  kering kisar
3 sudu besar sos cili
4 Sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk perasa
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
garam secukupnya
Air - 2 liter atau guna air rebusan daging


Bahan Sampingan
Sawi
Tauge
Tauhu - di goreng terlebih dahulu
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar merah - di potong nipis


Caranya

Rebus daging sehingga empuk. Mommy tak rebus sebab dah dapat sup tulang korban dari FIL

Tumis bawang putih & besar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.

Tambah air/ air rebusan daging + daging dan masukkan sos cili, sos tiram, tomato soup. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa. Jika rasa masih kurang sepertimana yang di mahukan.. Tambahlah sos cili, tomato soup, sos tiram atau garam sehingga mendapat rasa yang di hendaki. 

Untuk menghidangkan pula, akak akan panaskan kuah + daging dalam kuali sehingga mendidih. Kemudian masukkan mee dan sayur. Biarkan sehingga masak.  Kemudian angkat dan hidangkan dalam mangkuk. 

Hiaskan hidangan dengan meletakkan tauhu goreng, bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang di potong.

Selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers