Nasi Goreng Sotong

by - 4:00 PTG

Nasi Goreng Sotong ~ mommy akui mommy tak serajin ibu-ibu yang lain. Selalunya mommy sediakan hidangan yang simple, mudah dan cepat. Bila balik kerja letih-letih, mommy tak kuasa nak masak. Masak ni pun ikut mood, kalau tak dak mood ke kedai sajalah kita. Selalunya, mommy akan tanya anak-anak apa yang depa nak makan. If nasi goreng, mommy akan tengok apa yang boleh di gunakan untuk membuat nasi goreng. So, semalam terjadilah nasi goreng sotong kegemaran semua. 

Hujan-hujan ni memang cepat lapar. Memang kenalah nasi goreng sotong panas-panas dengan teh o. Sedap sehingga tinggal bekas. Haha..

Nasi Goreng Sotong. nasi goreng, nasi, sotong, resepi nasi goreng sotong mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, resepi nasi goreng sotong, resepi nasi goreng sedap, resepi nasi goreng sotong sedap, menu sotong, sotong, resepi masakan sotong, resepi sotong sedap, nasi goreng sedap, bahan-bahan nasi goreng sotong, bahan-bahan nasi goreng, cara buat nasi goreng sedap, cara buat nasi goreng sotong, resepi mudah dan sedap
Nasi Goreng Sotong


Resepi Nasi Goreng Sotong Mudah Dan Sedap

Bahan
Nasi 
2-3 ekor sotong- dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar sambal belacan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahulu
Sayuran seperti sawi dan kobis 
Garam secukupnya.
Minyak
Daun bawang
Bawang Goreng


Cara:

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan sambal belacan dan masak seketika sambal tu. Selalunya sampai berminyak la..

Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.

Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.


Tips:
Saya suka gaulkan garam dengan nasi terlebih dahulu. Ini adalah agar garam tersebut rata sebelum menggoreng.

You May Also Like

1 comments

  1. Sedapnya...ok SA selalu buat tapi dah lama x buat...nak la buat Ahad ni...

    BalasPadam

Google+ Followers