Kambing Masak Merah

by - 10:22 PG

Kambing Masak Merah ~ Yang ini special request oleh encik suami minta mommy buatkan masa hari raya korban tempohari . Kambing masak merah ini, mommy padankan dengan nasi beriani, ayam goreng berempah, dalca kaki ayam serta acar timun. 

Dulu mommy tak pandai masak kambing tapi setelah di beri tunjuk ajar oleh emak saudara suami, maka mommy pandailah sikit. Kambing masak merah ini kesukaan suami. Akak suka kambing kurma, kambing black pepper ja. Citarasa akak ngan encik suami berbeza tapi still boleh masuk tekak. Ada masa dia makan apa yang mommy suka dan ada masa mommy follow apa yang dia suka. Tiada paksaan dan larangan. 

Oh yer, hari tu ada terbaca kat page FB KRT. Suami tak makan pedas & isteri pun tak boleh makan pedas. Isteri masak asing untuknya yang agak pedas tapi si suami ambil dan basuh. Si isteri mengadu hilang nikmat makan. Yer, akak pun macam tu. Kalau tak pedas tu rasa kurang sikit. Kalau buat sup, mesti ada geng dengan sambal. Baru rasa nikmat makan tu. hihi

Korang yang baca kat sini, jangan di halang selera isteri atau suami. Kalau buat juga, memang makan hati berulam jantung dan minum air mata lah. Jangan yer!

kambing, resepi kambing, kambing masak merah, kambing masak merah mudah dan sedap, resepi kambing mudah dan sedap, kambing sedap dan mudah, menu kambing, kambing sedap, masakan kambing sedap, cara masak kambing masak merah, resepi,
kredit kpd mr google 

Di sini mommy kongsikan resepi ini agar korang boleh cuba. Warna saja merah tapi tak pedas pun...



RESEPI KAMBING MASAK MERAH

Resepi : Chef Hanieliza dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi


Bahan A
500 gram daging kambing
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan minyak masak (MaDiHaA letak secukupnya)
Garam, serbuk perasa & sedikit gula jika suka

Bahan B
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
20 tangkai cili kering*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
3 biji tomato*

kambing, resepi kambing, kambing masak merah, kambing masak merah mudah dan sedap, resepi kambing mudah dan sedap, kambing sedap dan mudah, menu kambing, kambing sedap, masakan kambing sedap, cara masak kambing masak merah, resepi,
kambing masak merah belum kering sepenuhnya


Caranya

Kisar bahan bertanda*.  Perapkan daging bersama serbuk jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis & daun kari sehingga wangi.  Masukkan bahan kisar & tumis sehingga naik minyak.

Masukkan daging yang diperap & kacau rata. Masukkan garam, serbuk perasa & sedikit gula.

Masak sehingga daging lembut & empuk. Masukkan bawang besar dan biar sehingga pecah minyak.

Sedia untuk dihidangkan.



You May Also Like

1 comments

  1. Tak biasa lagi dengar pasal resepi Kambing Masak Merah ni, memang selalunya kalau kambing, kita akan buat Kurma atau Gulai Kari.

    ..
    Tapi kalau saya di rumah ... memasak kambing. Cara senang ... panggang je . hahaha... pastu buat sos lada hitam.

    Hmm cakap suami isteri lain citarasa tu .. keunikkan tu dalam hidup. Jika boleh diterima masing-masing in Sha Allah, bahagia sampai akhir hayat.

    Blogzine Peribadi HASRULHASSAN.COM

    BalasPadam

Google+ Followers