Resepi Lontong Sedap Dan Mudah

by - 10:00 PG

Lontong. Salah satu makanan peberet mommy. Kena pula sayur lodeh yang sedap lemak berkrim, campur pula sambal ikan bilis, rendang ayam dan kuah  kacang. Mak mertua lalu depan pun tak pelawa dah. Itu cara mommy menikmati lontong. Cara korang macam mana pula?

Rajinnya mommy buat semua sekali? Eh, taklah itu kalau time raya dan masak semua benda tu. Kalau tak just nasi impit, kuah lodeh dan sambal saja. Yang bestnya lontong ni boleh di makan di waktu pagi, petang dan juga malam. Tak jemu pula tu.

Resepi lontong mudah dan sedap
lontong

Lontong ni sedap bila kuah atau sayur lodeh sedap. Untuk menjadikan sayur lodeh sedap, perlu guna santan original bukan yang dalam kotak atau santan sawit. Di bawah adalah resepi sayur lodeh cara mommy. Mungkin cara orang lain, lain tempat, lain resepinya. Ini cara mommy dan ia menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Resepi Lontong Sedap Dan Mudah 


Bahan

Nasi Impit - Guna jenama faiza. Rebus sehingga masak.
sayur lodeh
sambal ikan bilis


Sayur Lodeh


Bahan

1/2 kg santan - bergantung berapa banyak yang hendak di masak atau untuk berapa orang.
1/3 biji sengkuang
1/2 kobis
RM 2 fucuk
RM 1 suhun
3 biji tauhu - di potong kecil
2 keping Tempe
1-2 liter air
1 -2 keping asam keping
garam secukupnya

Bahan kisar

3 biji bawang besar
2 cm kunyit
5 cm halia
5 cm lengkuas
3 batang serai


Caranya

Panaskan bahan kisar dalam periuk yang sesuai. Biarkan selama 5 minit.

Masukkan air, santan, sengkuang, kobis, tempe, tauhu, asam keping dan garam secukupnya.

Biarkan sehingga mendidih.

Rasa. Jika sudah cukup semuanya, masukkan fucuk dan suhun.

Tutup api dan hidangkan bersama nasi impit dan sambal ikan bilis.


resepi lontong
breakfast lontong dengan kopi. Hmmm sedap.

Selamat mencuba

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers