Maggi Kari Udang Sedap

by - 4:27 PTG

Maggi Kari Udang Sedap ~ Kejadian di tengah malam pada minggu lepas. Diet kekonon dan takmo makan pada waktu malam. Sekali perut kau berbunyi dan minta makan... Terpaksalah makan. Lepas dah kenyang baru lah boleh tidur. Pastu ada rasa kesal sedikit sebab tak menjaga diet dengan betul. Tapi peduli apa kan sebab maggi kari tu menggoda dan sedap sangat. hahaha.

Maggi kari yang mommy buat ini menggunakan maggi segera tu tapi di tambah sedikit bahan sampingan untuk rasa lebih umphhh. Kalau maggi kari segera sekarang dah tak berapa best sebab perencah dia dah kurang umpphh kecuali Mamee Chef. Yang ni tak perlu nak tambah apa-apa sebab rasa dia memang dah terbaik. Mommy jarang buat stok Mamee Chef kecuali time offer. Stok yang ada selalunya stok maggi biasa saja. Ini sebab mommy takmo anak-anak addict dengan maggi atau mee segera yang lain. Gitu kekdahnya. Maknya makan sekali sekali saja... hihi

Maggi Kari Udang Sedap
Maggi Kari Udang


Kat sini, mommy kongsikan Resepi Maggi Kari yang sedap dan menggoda tu...



Maggi Kari Udang 

Bahan

1 Paket Maggi Kari - jenama apa2 pun boleh
3-5 ekor udang -ikut suka
1 biji telur
1 pokok sawi
1 biji tomato
1 sudu besar rempah kari daging/ayam
2 sudu besar santan
2 cawan air


Caranya

Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan rempah kari, santan, tomato dan perencah kari maggi. Biarkan mendidih selama 5 minit.

Setelah itu, masukkan udang. Biarkan mendidih atau sehingga udang masak.

Masukkan telur. Biarkan ia masak atau mendidih lagi sekali lagi.

Akhir sekali masukkan sawi dan maggi/mee segera. Biarkan sehingga sawi dan mee segera masak.

Angkat dan taburkan bawang goreng & daun sup.

Sedia untuk di makan.


Senangkan? Selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers