Jeruk Buah Setul

by - 10:12 PG

Jeruk Buah Setul. Korang pernah makan tak buah setul atau setoi. Kalau area belah alor setar memang panggil buah ni beah setoi. Rasa dia masam, manis kelat. Buah dia macam buah setey tapi bukan sebab buah setey rasa dia manis dan kecil-kecil. Yang ini buahnya besar-besar dan ada juga yang sederhana. Ia sedap di buat jeruk atau cicah dengan kuah rojak.

Yang sebenarnya buah setul ini mempunyai pelbagai khasiat. Contohnya jika mengambil 100gram buah setul ia mempunyai khasiat-khasiat berikut:-

  • Vitamin C sampai 14 gr
  • Total karbohidrat 13,7 gr
  • Kandungan kalsium hingga 11 gr
  • Serat sampai 1,1 gr
  • Lemak sebanyak 1 gr
  • Protein sejumlah 0,7 gr
  • Abu sebanyak 0,7 gr
  • Kalium sebanyak 328 mg
  • Fosfor sejumlah 20 mg
  • Zat besi sampai 1,2 mg
  • Kalori sebesar 247 KJ
  • Air


Selain daripada membuat jeruk, buah setul juga boleh di buat kerabu, manisan, pajeri dan lain-lain lagi. Pengambilan buah ini boleh mencegah Alzheimer, sakit jantung dan juga kanser. Maklumat berhubung pencegahan penyakit ini adalah maklumat yang mommy perolehi dari google. 


Jeruk buah setul buah setoi, jeruk buah setoi, resepi jeruk buah setoi, resepi jeruk setoi,
Jeruk buah setul

Di sini mommy kongsikan resepi jeruk buah setul cara mommy...




Resepi Jeruk Buah Setul


Bahan

Buah Setul
Pes jeruk.


Caranya

Buah Setul - di kupas kulit, di lorek/ cincang kasar dan di rendam air garam dalam 1/2 jam.

Basuh buat setul yang di rendam air garam dan toskan.

Campurkan pes jeruk dan gaul rata. Simpan semalam.

Boleh juga untuk di nikmati terus tapi rasa jeruk belum serasi dengan buah setul lagi.


Pes Jeruk Buah setul


Bahan

5-10 biji cili padi
1 cawan gula
1-2 sudu kecil garam
1 cm belacan
1/2 cawan kicap


Caranya

Masukkan semua bahan dalam blender. Kisarkan sehingga hancur.

Masak sebentar dalam kuali.

Sedia untuk di nikmati.


Oh yer, bagi yang belum pernah melihat atau menikmati buah setul, di bawah adalah rupa sebenar buah setul. Ini buah masak dan warnanya kuning keemasan. Buah tak masak berwarna hijau pekat. Buah tak masak tak boleh di makan kerana tidak sedap.


Jeruk buah setul buah setoi, jeruk buah setoi, resepi jeruk buah setoi, resepi jeruk setoi,
Buah setoi

Ini pula isi buah setul bahagian dalam. Yang putih tu biji dia dan rasanya manis... 

Jeruk buah setul buah setoi, jeruk buah setoi, resepi jeruk buah setoi, resepi jeruk setoi,
isi buah setul


You May Also Like

0 comments

Google+ Followers