Buat Sendiri Sos Spaghetti Bolognaise

by - 2:01 PTG

Buat Sendiri Sos Spaghetti Bolognaise. Pernah tak korang buat sos/ paste/ kuah bolognese sendiri? Resepi ni pun mommy try & error mengikut rasa dan citarasa mommy sekeluarga. Kalau paste Bolognese yang beli kat pasaraya tak kira apa jenis jenama pun... Mommy tak berapa suka sebab rasa dia yang sedikit masam. Bila buat sendiri, sos tu akan rasa lagi sedap dan fresh. Bahan-bahan yang mommy gunakan pun tak banyak. Kira western melayulah ni. 

Mommy kongsikan kat sini, senang kalau korang nak buat banyak terutamanya untuk rumah terbuka, house warming ataupun sambutan hari jadi. Kos dia pun tak banyak.... Nak jual lagi lah boleh. Hihi

Mommy tak jual, tapi mommy suka masak untuk keluarga saja.


buat sendiri sos spaghetti
favorite  - spageti bolognese

Spaghetti Bolognaise


Bahan 

spagheti direbus sehingga lembut.
homemade sos spagheti

Hidangkan bersama.


Homemade Sos Spagheti Bolognaise


Bahan

2 kg tomato - di cincang halus
3 peket ayam/daging kisar
2 peket sosej ayam - di potong serong dan di goreng sedikit garing
1/2 cawan minyak zaitun
5 sudu cili kisar
2 biji bawang holland - di potong dadu
5 biji bawang putih - di cincang
garam secukupnya
mixed herbs
Air - 1 liter


Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang holland, bawang putih dan mixed herbs sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Biarkan sehingga cili benar-benar masak.

Tambah tomato dan air. Biarkan mendidih lama ataupun sehingga tomato benar-benar hancur dan kuah menjadi pekat.

Apabila kuah telah menjadi pekat, tambahkan garam. Kacau rata.

Akhir sekali masukkan ayam/ daging kisar. Biarkan sehingga ayam masak dan masukkan sosej yang telah di goreng.

Angkat dan hidangkan bersama spagheti.


sos spagheti bolognaise
spagetti bolognaise

You May Also Like

2 comments

  1. Haah memang senang, Dulu tak tahu jugak tapi bila rasa yang homemade lagi sedap, terus cuba dan buat resepi sendiri.

    BalasPadam

Google+ Followers