PETUA MUDAH CARA BERSIHKAN KULIT KERANG

by - 11:46 PG

PETUA MUDAH CARA BERSIHKAN KULIT KERANG ~ Waaa baru tahu ada cara mudah nak bersihkan dan putihkan kulit kerang. Kenapa mommy tak tahu sebelum ini... Ingatkan pekerja kedai makan terlebih rajin memberus kulit kerang satu satu. Yang lagi best ada yang kata kena rendam dengan clorox. Ekkr! Mau terus innalillah bila makan... So, bila dah tahu cara atau petua membersihkan kulit kerang... Mommy kongsikan di sini agar semua tahu dan menjadi suri rumah yang berjaya. hahaha

kerang
petua mudah bersihkan kerang


PETUA MUDAH CARA BERSIHKAN KULIT KERANG



Cara 1
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.

Cara 2
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.

Cara 3
Gaul dengan daun ubi. ramas2kan... bersih jugak.

Cara 4
Guna daun betik pun boleh putih bersih.

Cara 5
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je utk memasak.

Cara 6
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7
Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8
Rendam asam keping pon boleh...dalam setengah jam gitu... putih bersih kerang.

Cara 9
Rendam kerang guna garam.

Cara 10
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16minit. Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.

Uolls guna cara mana satu ye?. Mommy selalu guna cara nombor sembilan (9) rendam dengan garam. Bukan setakat basuh garam, basuh sayur pun sama sebab air masin merawat segalanya.




You May Also Like

3 comments

  1. Menarik tapi tidak dinyatakan tentang sukatan. Seperti berapa banyak serai atau serbuk digunakan untuk merendam.

    Thanks.

    BalasPadam
  2. biasanya sy rendam garam dulu pastu berus one by one dgn berus gigi..huhu gigih tau..tapi xbyk pun lbh dlm 1/2kg jeee...klu byk mau patah tangan memberusnya...sikit2 blh...btw this tips sound ok..ll apply when time come..tq

    BalasPadam

Google+ Followers