Rendang Daging Mudah Dan Sedap

by - 1:07 PTG

Rendang Daging Mudah Dan Sedap ~ Rendang adalah menu utama hari raya dan makanan pertama yang mommy akan makan pada pagi raya sama ada dengan ketupat, lemang atau nasi himpit. Kadang-kadang tu dengan roti pun jadi. Yang bestnya rendang boleh masuk dengan semua pasangannya. Dengan nasi dan pulut pun boleh. Itu lah kelebihan rendang daging.

Tips dari orang dedulu untuk bagi rendang tahan lama adalah dengan memasaknya sehingga naik minyak. Ini menandakan santan yang di masukkan tersebut telah benar-benar masak sehingga menjadi minyak. Gitu kekdahnya. 

In sha Allah raya ni, dapur mommy bakal penuh dengan aroma rendang daging. Rasanya 2 kilo daging akan menjadi rendang. Mommy buat untuk banyak sebab lepas masak, sejukkan dan bekukan dalam freezer. Nak makan ambil dan panaskan. So, tak perlu lah nak buat rendang 2,3 kali sebulan. 

Rendang ni apabila di bekukan akan tahan selama 6 bulan dalam freezer. 


rendang daging mudah dan sedap

Rendang Daging


Bahan-Bahan

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
1-2 keping asam keping
garam


Bahan-Bahan Kisar

3-5 sudu cili kisar - mengikut kepedasan sendiri
3-6 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.

Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati dengan rempah mesin sebentar.

Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat

Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

Biarkan sehingga naik minyak.

Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers