Lala Masak Lemak Cili Padi

by - 10:11 PG

Lala Masak Lemak Cili Padi ~ Masakan yang tak pernah jemu dan pasti ianya membuka selera. Menaip entry ini pun sudah terbayang keenakan Lala Masak Lemak Cili Padi. Rasa manis lala bercampur dengan kuah lemak pedas yang sedap. Gulps! Posa oiii. hahaha.

Masak lemak cili padi antara masakan yang paling senang nak masak. Tak perlu menggunakan minyak. Yang penting pandai mainkan sukatan santan, cili padi, bahan kisar dan lala. Cukup semuanya memang sedap. CK kalau masak lala ni confirm 2 kg sekali beli. Sekilo tak cukup sebab anak-anak suka meratah. Encik suami pun sama... Siap beritahu supaya beli lebih lain kali. Okayyy Darl. Janji duit dapur pun lebih. hihi



Lala Masak Lemak Cili Padi 


Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi 


Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi
Masak lemak cili padi lala dan nanas


Bahan-Bahan

2 kg Lala - di rendam dengan air garam dan di bersihkan
2 batang serai - di ketuk
1 biji nanas - hiris nipis dan memanjang
1-2 biji tomato di belah 4 atau 6
2-3 helai daun kunyit p- dihiris besar atau halus. 
RM4 santan
1-2 keping asam keping/gelugor
2-3 cawan air
garam secukupnya

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm kunyit 
2 cm halia
6-10 biji cili padi

Caranya

Panaskan kuali. Mommy lebih suka guna kuali sebab senang nak gaulkan lala tu nanti. 

Masukkan bahan kisar sehingga mendidih. Masukkan serai, asam keping, air dan garam. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.

Masukkan nanas. Biarkan sehingga mendidih dan nanas masak.

Masukkan lala, tomato, santan. Gaul rata. Biarkan sehingga mendidih. 

Tambahkan daun kunyit. 

Rasa. Jika dah cukup, angkat dan hidangkan bersama dengan nasi panas, ikan goreng, cili padi dan ulam. 


Selamat mencuba.





You May Also Like

0 comments

loading...

Google+ Followers