Ikan Pekasam Pembuka Selera

by - 1:18 PTG

Ikan Pekasam Pembuka Selera ~ Assalamualaikum wbt. Puasa dah hampir tiba.. Puasa ganti dah habis ke? Kihkih. Sempat lagi nak ganti yer. Jangan tunggu dua tiga hari lagi nak puasa baru nak ganti.. Karang ter ABC, terus tak terganti. Ganti awal-awal senang... Selalunya di bulan puasa aka ramadhan, mommy memang akan sediakan stok ikan pekasam. Bukan apa, kekadang tu memang takde selera nak bersahur. Ikan pekasam la jadi penyelamat. Sedap tau makan dengan nasi panas-panas. Silap-silap boleh tambah nasi. hihi

Nak buat ikan pekasam mommy tak pandai. Goreng ikan pekasam mommy pandailah.. Kat bawah ni mommy share cara mommy goreng ikan pekasam yang menjadi kesukaan mommy. Kalau dapat ikan pekasam puyu dan sepat lagi sedap.. Selalunya yang di jual tu ikan talapia. Sedap juga tapi tak rasa macam yang arwah mak dan orang kampung buat.kihkih. 

ikan pekasam

Ikan Pekasam


Bahan :

Ikan pekasam
1-2 biji Bawang besar - di potong separa bulat
4-5 biji Cili kering
2-3 biji Cili padi 
2-4 sudu besar Minyak - untuk menggoreng

Caranya: 

Buka bungkusan ikan pekasam. Jangan di buang/ di basuh beras goreng yang balut ikan pekasam tu.

Panaskan minyak dengan api perlahan. Masukkan ikan pekasam. Biarkan sehingga masak sebelah. Alihkan. Angkat apabila kedua-dua belah telah masak.

Goreng bawang dan cili padi sehingga sedikit garing dengan minyak lebihan goreng ikan. Angkat dan letak atas ikan pekasam.

Akhir sekali, goreng cili kering sehingga garing. Angkat dan hidangkan bersama ikan pekasam.

Untuk makan pula, ambil cili kering yang garing tadi.. pecah2 kan atas nasi. Makan bersama ikan pekasam dan bawang goreng tadi. mabeles.

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers