Buat Sendiri PES Untuk Ramadhan Akan Datang

by - 5:52 PTG

Buat Sendiri PES Untuk Ramadhan Akan Datang. Tak terfikir pula mommy nak buat sendiri pes bagi kegunaan setiap hari sebab selalu masak hujung minggu saja. Hari bekerja banyak beli dan makan kat luar. Tadi ada whatsapp dari group family masuk. Share tentang resepi PES. Bukan satu tapi pelbagai PES. So, tempat kat sini dulu... & untuk sharing dengan uolls jugak. Bolehlah kita masak-masak setiap hari di bulan Ramadhan ni. Bulan Ramadhan ja balik awal. Kol 4.30 dah gerak dari opis... so, boleh lah masak dengan PES sendiri

perencah ikan bakar


PES IKAN BAKAR

1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN

1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya


KUAH BLACK PEPPER

1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll)


PES NASI GORENG IKAN BILIS

1.Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya.


PES ASAM PEDAS TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 2. Tumis dlm minyak panas. 3.Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)

SELAMAT MENCUBA.

credit : Sapina Shahabudin‎ #mahn

You May Also Like

1 comments

loading...

Google+ Followers