Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

by - 8:16 PG

Assalamualaikum wbt. Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Menu wajib setiap  hari jumaat. Bukan apa senang, cepat dan pantas... sebelum sembahyang jumaat dah siap. hihi, Tapi kalau hari jumaat bukan mommy masaklah sebab mommy kerja kecuali hari yang mommy ambil cuti.

Okalah di sini mommy kongsikan resepi yang mommy belajar dari kakak sepupu mommy. Mungkin bagi orang lain biasa saja tapi bagi mommy ia resepi yang sedap dan mudah. Banyak menggunakan bahan asas saja. Tidak menggunakan kiub dan pati ayam yang di botolkan... So, kos nak buat nya pun murah. Semua ibu-ibu di rumah pun boleh buat dan tak merungut nak masak apa setiap hari.


Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap


Resepi Nasi Ayam

4 pot beras ( 4-6 orang makan)
Lemak ayam - simpan sikit ketika siang ayam
1 bawang besar sederhana - di kisar
2 bawang putih - di kisar
2 cm halia  - di kisar
2 sudu butter/ marjerin
1 sudu minyak
1 helai daun pandan
garam secukupnya


Caranya

Panaskan minyak dan butter/marjerin dalam rice cooker. Masukkan lemak ayam. Biarkan sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan bahan yang di kisar  dan daun pandan sehingga wangi. 

Masukkan beras. Gaul rata.

Tambahkan air secukupnya. Masukkan garam secukupnya.

Biarkan nasi masak dalam rice cooker. Kacau sekali sekala agar rasa dan warna sekata.


Resepi Sup Nasi Ayam


Bahan

10 kaki ayam 
1 biji bawang besar- di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
2 cm halia
1 liter air
garam secukupnya

Caranya:

Panaskan air. Masukkan semua bahan kisar dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.


Resepi Ayam Nasi Ayam 

Bahan 

1 ekor ayam - di potong 4 atau kecil
2 sudu kicap
2 sudu sos tiram
minyak - untuk menggoreng

Caranya

Ayam di rebus terlebih dahulu dalam sup sehingga separa masak.

Angkat dan toskan.

Gaulkan ayam bersama kicap dan sos tiram. Biarkan sebentar dan sejukkan dalam peti sejuk.

Panaskan minyak. Gorengkan ayam sehingga ayam masak dan warna ayam bertukar menjadi keperangan.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas. Boleh potong ayam seperti kedai makan jika ayam terlalu besar.


Resepi Kicap Nasi Ayam


Bahan

4 sudu besar kicap
2 sudu sos tiram
2 senduk sup nasi ayam
1 sudu kecil tepung jagung - di bancuh dengan air


Caranya

Panaskan sup nasi ayam. Masukkan kicap dan sos tiram. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Biarkan mendidih dan sos menjadi agak pekat.

Angkat dan hidangkan bersama nasi ayam



Resepi Sos Nasi Ayam


Bahan

2 biji tomato  - di kisar
8-10 biji bawang putih - di kisar
3 biji cili padi - di kisar
2-4 biji cili besar - di kisar
2 sudu besar sos cili
gula secukupnya
garam secukupnya
1 sudu besar minyak

Caranya

Kisar semua bahan sehingga halus. 

Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar.  

Tambah sos cili, garam dan gula secukupnya.

Biarkan sehingga mendidih dan rasa.

Angkat dan hidangkan. 


Untuk hiasan pula, mommy lebih suka guna lettuce, tomato dan timun. Potong dan hidangkan dalam bekas. 

Dah siap. Hidangan yang lengkap untuk hari tu. boleh di buat untuk makan malam juga. Mungkin nampak macam banyak step tapi sebenarnya mudah saja. Selalu buat nanti akan menjadi mudah dan cepat.

You May Also Like

2 comments

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Isteri saya suka masak cara goreng ayam lepas digaul dengan kicap manis. Sampai skrang saya tak mahir lagi cara wife saya masak nasi ayam. Memang signature dish dia ... haha.. tak leh kacau.

    Nasi ayam, apa2 event pun ia tetap sedap ..

    BalasPadam

Google+ Followers