Kari Udang

by - 5:54 PTG

Assalamualaikum wbt. Kari udang mabeles.


Semalam ambil emergency leave sebab si kecil Aisy masih belum baik dari demam. Aisy pun asyik melekat ja dengan mommy. 

So, tak boleh duduk lelama kat dapur. Mommy pun decide nak buat kari udang bersama buncis dan ikan sardin goreng ja. 

Resepi kari udang

Alhamdulillah walaupun dua jenis menu saja tapi memenuhi selera keluarga. MIL siap habaq kata dah lama tak makan kari udang. Husband pula kata sedap sebab selalu bila cakap nak buat kari udang memang dia pangkah. Tak suka katanya. Sekali rasa mesti nak lagi. Hihi. 

Udang

Resepi Kari Udang



Bahan

1/2 kg udang kertas
3 sudu rempah kari daging
RM 2 santan
1 genggam kacang buncis - di potong menyerong.
1-2 biji tomato - hiris halus
2 biji bawang besar- diracik
3 ulas bawang putih - di racik
3 tangkai daun kari
5 cawan air
2 sudu besar minyak

Caranya

Satukan rempah dan air dalam 1 bekas. Panaskan sehingga mendidih.

Apabila mendidih, masukkan tomato yang telah di hiris. Biarkan mendidih selama 10 minit agar rempah masak sepenuhnya.

Tambah santan dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.

Masukkan udang dan kacang buncis. Biarkan sehingga udang masak sepenuhnya.

Tutup api dan ketepikan.

Untuk tumis darat pula, panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan kari sehingga agak garing dan berbau wangi. Angkat dan tuang ke dalam kari udang. Tutup periuk kari. Kacau terlebih dahulu sebelum di hidangkan.

Selamat mencuba!



You May Also Like

0 comments

loading...

Google+ Followers