Udang Buttermilk

by - 11:18 PG

Assalamualaikum wbt. Udang Buttermilk

Mommy suka masak menu yang berlainan setiap minggu. Sesekali masak menu yang di hidangkan di restoren atau hotel memang akan mendapat sambutan hangat dari family. Confirm habis.. 

Menu istimewa yang mommy ceritakan di sini adalah menu udang buttermilk. Selalunya udang ni kita buat sambal, udang masak serai, udang goreng kunyit ataupun udang masak lemak cili padi... Udang buttermilk ini kita nikmati ketika ada function ataupun ketika buffet di restoren ataupun hotel. Jadi, mommy masak sendiri untuk keluarga nikmati...



Di sini, mommy kongsi resepi udang buttermilk yang mudah dan sedap ini agar semua dapat membuatnya sendiri dan nikmati bersama ahli keluarga.

Sarang Telur

Bahan

2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Caranya

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi dengan menggunakan penapis teh atau penapis santan, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya



Resepi Udang Buttermilk mudah dan sedap

Resepi Udang Buttermilk

Bahan

1/2 kilo udang 
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili kering - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Garam secukup rasa


Caranya

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, dan garam secukup rasa. 

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur tadi. 

Siapp.. Senang kann

Resepi Udang Buttermilk

Bersama-sama dengan udang buttermilk mommy juga masak kari kepala ikan dan sayur campur. So, lengkap hidangan tengahari mommy untuk keluarga.

Selamat mencuba.

You May Also Like

1 comments

  1. Wah nampak sedap..x pernah buat lagi...nanti nak cuba buat la

    BalasPadam

Google+ Followers