Resepi Kari Sotong Mudah Dan Sedap

by - 9:32 PG

Assalamualaikum wbt.Resepi Kari Sotong Mudah Dan Sedap

Selalu kalau pergi makan nasi kandar mesti akan ambil kari sotong dan selalunya bila ambik harga konpom juling biji mata nak bayar. Sekarang mommy buat sendiri saja. Harga 2 pinggan nasi kandar boleh dapat seperiuk kari sotong. hihi.

Mommy share resepi kat sini supaya hangpa tak bayar mahai-mahai kat mamak. Buat sendiri dan makan pun puas.

Kari Sotong Mudah Dan Sedap

Dapat sotong besar-besar memang puas makan. Kalau sotong kecil-kecil tu pun best sedap isi dia manis. Terpulanglah nak guna yang mana.

Kari Sotong Mudah Dan Sedap


Resepi Kari Sotong


Bahan2

1kg Sotong
2 peket  atau 4 sedu besar rempah kari ayam/daging
2 biji kentang - di potong memanjang 4 atau 8. Bergantung kepada saiz kentang
1 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
2 cm halia - di kisar
1 biji tomato - di hiris nipis/dadu
daun kari
4 beradik ( bulang lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & biji pelaga)
Minyak
garam secukupnya
RM 1 santan
Asam jawa secukupnya
Air


Caranya:

Panaskan minyak. Tumis 4 beradik bersama daun kari sehingga wangi.

Masukkan rempah yang di bancuh dengan air. Masak seketika sehingga agak garing.

Masukkan bahan kisar dan tomato. Masak lagi sehingga kelihatan berminyak.

Tambah air dalam 500 ml dan masukkan santan, garam dan air asam jawa dan kentang. Biarkan sehingga mendidih atau kentang empuk.

Apabila kentang telah empuk dan rasa telah umpph, masukkan sotong. Biarkan sehingga sotong masak sepenuhnya

Dihidangkan bersama nasi panas, sayur campur dan telur dadar.

Selamat mencuba!

You May Also Like

5 comments

  1. Biasa nampak tapi tak pernah nak try masak kari sotong mcm ni ..
    ingat nanti nak cubalah.

    Dah baca - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee di HASRULHASSAN.COM

    BalasPadam
    Balasan
    1. in sha Allah Bro HH. Nanti saya baca tentang ilancee

      Padam
  2. sedap resepi salam kunjung dri lokmanamirul.com

    BalasPadam
  3. Guna rempah ape ni? Biasa mamak guna rempah import ori India mari.

    P/S
    Jana pendapatan LUMAYAN dengan Uber. Sistem Uber menjadikan anda sebagai boss.
    Ini yang ANDA cari-cari selama ini.
    Daftar sekarang !!!

    http://uber.mydiscussion.net/ <<- masuk sini

    BalasPadam

loading...

Google+ Followers