Mee | Maggi Kuah Daging

by - 4:00 PTG

Assalamualaikum wbt. Mee | Maggi Kuah Daging

Kadang-kadang setelah seharian berada di pejabat, balik rumah hanya terfikir menu yang ringkas yang boleh di nikmati oleh suami dan anak-anak. Antara menu yang seringkali buat adalah mee | Maggi kuah yang mommy buat sendiri kuahnya. Selalunya beli maggi atau mee kering kosong jenama cintan. Buat stok bila malas masak.

Di sebabkan resepi ini antara resepi ringkas dan senang masak, mommy kongsikan supaya yang membaca blog ini menjadi superb mom & dad. Bagi anak-anak, kitalah hero mereka. :)


Mee / Maggi Kuah Daging

Resepi Mee / Maggi Kuah Daging


Bahan

5-6 keping mee kering (guna jenama cintan)
100 gram daging rincik/ hancur - boleh gantikan dengan cicken ball. fisball atau meatball
2 biji telur ayam
1 biji bawang kecil - untuk tumis
1 ulas bawang putih - untuk tumis
2 sudu cili kering - kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato - boleh guna tomato soup untuk rasa yang lebih ummmph.
1 sudu sos tiram
garam
2 pokok sawi
3 biji tomato - 2 di cincang , 1 di belah 4
daun bawang
daun sup
bawang goreng
minyak - untuk tumis


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang merah kecil dan bawang putih. masukkan daging cincang. Masak sekejap sehingga daging masak.

Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan tomato cincang sehingga tomato hancur sepenuhnya.

Setelah itu,  masukkan sos cili, sos tiram, air  dan sedikit garam. Rasa.

Ketika kuah tengah mendidih, masukkan telur sebiji sebiji. Biarkan sehingga telur agak masak.

Akhir sekali masukkan sawi, tomato dan mee kering. Biarkan sehingga mendidih atau mee  telah lembut.

Angkat. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sedap di makan ketika masih panas.

Selamat mencuba!

You May Also Like

2 comments

  1. Okay yang ni mudah je nak buat. sesuai la utk orang bujang hehe nanti nak cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah dan yang bujang pun boleh masak.

      Padam

loading...

Google+ Followers