Kali Pertama Memasak Nasi Arab Hadramaut

by - 9:57 PG

Assalamualaikum wbt. Kali pertama masak nasi arab tapi tak tahu nasi arab yang mana.. Mommy follow resepi dari blogger Azie Kitchen iaitu nasi arab hadramaut. Rasa? Alhamdulillah sama seperti yang makan di restoran nasi arab Hadramaut Bandar Perda, Pulau Pinang. Yang berbezanya adalah penggunaan beras. Untuk kali pertama cuba mommy guna beras faiza biasa saja. 

Bila dah jadi ni, In sha Allah untuk lain kali akan guna beras basmathi atau beras pakistan yang panjang-panjang tu.

Nasi Arab

Alhamdulillah nasi menjadi dengan elok. Tidak melekat macam nasi biasa. Nasi sebiji-sebiji walaupun guna beras biasa.



resepi nasi arab mudah dan sedap

Untuk ayam pula, di masak separuh dalam sup untuk nasi dan sup kentang. Angkat ayam dari sup dan lumur dengan rempah khas yang mommy beli dengan Blogger Azirahman. Lepas tu bakar dalam ketuhar selama sejam dengan suhu 180 celcius.

Nasi Arab Hadramaut

Angkat dan hidangkan di atas nasi. Konon-kononnya macam ala-ala kat restoran.

Nasi Arab

Untuk sup pula, di masak terlebih dahulu sebelum masak nasi. Sebab separuh dari sup ini akan di gunakan untuk masak nasi. 

Nasi Arab

Untuk Zabadi pula, mommy just buat jelatah timun biasa cuma di masukkan tomato dan lada hitam sikit. Rasa dia memang umphhh.

jelatah nasi arab

Untuk salatah atau sambal nasi arab mommy tak buat sebab malas nak ke kedai beli tomato. hihi... In sha Allah lain kali mommy buat.

Untuk resepi lengkap adalah seperti di bawah. Mommy follow 100% langkah dalam resepi azie kitchen cuma untuk jelatah atau zabadi saja lain sikit.

Nasi Arab Hadramaut

Sumber: Azie Kitchen
olahan : Cahaya hayati


Bahan bahan:

2 ekor ayam - potong 2 atau 4
5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong
2 labu bawang besar  - potong bulat
2 biji lada hijau - potong 2-3

Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih

1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
2 sb serbuk mellah farolah ( tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive


Cara cara Nasi:

Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan  masak selama 1/2 jam.

Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.

Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau.

Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.

Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.

Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.

Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.

Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning. ( Yang ni mommy tak buat)

Siap untuk dihidangkan.



Resepi Ayam Nasi Arab 

Cara cara Menyediakan Ayam:

Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.

Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.

Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.


Salatah

3 biji buah tomato masak
3 biji cili hijau
3 bawang putih
Garam
Sedikit air

Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.


Resepi Zabadi

Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot

Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

Nasi Arab Hadramaut

Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.


Selamat mencuba.

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers