Ayam Masak Serai

by - 9:34 PG

Assalamualaikum wbt. Ayam Masak Serai

Sesekali pada hari jumaat penghulu segala hari, mak, ibu, mama, mommy atau bonde masak yang istimewa atau lain daripada hari-hari biasa. Masakan atau menu yang mommy maksudkan adalah seperti nasi ayam, nasi minyak, nasi tomato ataupun nasi beriani. Bukan apa, sesekali masak sendiri menu istimewa ini akan beri kelainan dan kepuasan makan. Kat kedai kan mahal dan sikit, so takleh nak tambah-tambah. Bila masak sendiri ni, bolehlah makan berkali-kali selagi tak habis.



Ini adalah antara petua mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. In sha Allah. Tak percaya, cubalah buat menu istimewa sehari dalam seminggu. In sha Allah anak-anak atau suami akan request suruh masak lagi.

Ayam Masak Serai

Hari ini, mommy kongsikan resepi ayam masak serai yang sesuai dimakan dengan nasi minyak dan juga dalca. Resepi ayam yang sangat mudah, sedap dan di sukai oleh semua.




Resepi Ayam Masak Serai


Ayam Masak Serai

Bahan

1/2 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
3 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga cengkih
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar


Caranya

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.

Tumiskan bahan-bahan yang telah dimesin, kulit kayu manis, bunga cengkih dan serai sehingga agak garing.

Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.

Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi minyak panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.


notes: sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa cili dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments

Google+ Followers