Ayam Masak Kicap Lemak Manis

by - 11:06 PG

Assalamualaikum wbt. Ayam Masak Kicap Lemak Manis

Bila selalu masak kat rumah, sampai takde idea nak masak. Last-last masak kicap yang sedap dan mudah juga menjadi pilihan. Senang kerja, sebab mommy boleh masak dengan cepat dan boleh rehat lama-lama. hihi.

Ayam masak kicap mudah dan sedap


Resepi Ayam Masak Kicap


Bahan

1/2 ekor ayam atau 10 bahagian/ ketul 
1 biji bawang besar - potong separa bulat
2 ulas bawang putih - di racik
2 cm halia - di racik
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji cili kering - di potong 3 atau 4 bahagian
4 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram 
air asam jawa
2 sudu besar minyak 
1/2 cawan air


Caranya

Ayam di garam kunyit dan di goreng terlebih dahulu. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, kulit kayu manis dan cili kering sehingga wangi.

Masukkan kicap, sos tiram dan dan air. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan rasa.

Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng. Gaul rata sehingga semua ayam bersalut dengan kicap. Biarkan sehingga mendidih.

Angkat dan hidangkan.


You May Also Like

0 comments

loading...

Google+ Followers