Sambal Tumis Ikan Sardin

by - 10:09 PG

Assalamualaikum wbt. Sambal Tumis Ikan Sardin.

Masak apa hari uolls? Mesti korang tengah berkira-kira nak masak apa. Korang renung ikan, ikan tu renung korang.. Pastu renung balik. Idea tak muncul-muncul gak.

Toksah dok pikiaq panjang sangat. Ni mommy kongsikan resepi sambal tumis ikan sardin yang mudah dan sedap. Nak makan dengan nasi lemak pun boleh... Tapi macam biasalah, sambal tumis versi mommy selalunya tak pedas. Almaklumlah, menu untuk anak-anak sekali.

Resepi ini juga, menyebabkan mommy menambah 2 pinggan. Hancuss diet mommy. Sedap punya pasal, pejam mata sajalah. Kalau rajin, lari kat treadmill. hihi

Resepi Sardin sedap dan mudah


Resepi Sambal Tumis Ikan Sardin


Bahan
10 ekor ikan sardin - di goreng terlebih dahulu
5 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih - di kisar
2 biji bawang besar - di kisar
2 batang serai - di ketuk
1 keping asam keping / air asam jawa
garam secukupnya
1 sudu gula - tak nak letak pun takpe
RM 1 santan
3 sudu besar minyak
1/2 cawan air


Caranya

Panaskan minyak. Tumiskan cili dan serai sehingga sedikit garing. 

Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah di kisar. Biarkan sehingga berminyak.

Tambahkan santan, air,  asam keping, garam dan gula.  Biarkan sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Rasa. 

Kalau dah okayyy. boleh masukkan ikan. Gaul rata dan biarkan mendidih sekali lagi...

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan sup sayur bayam. 

Aummm!

You May Also Like

0 comments

loading...

Google+ Followers