Mee Goreng Bebola Daging

by - 1:59 PTG

Mee goreng campak-campak di beri nama kerana bahan-bahan untuk buat mee goreng ini tidak mempunyai sukatan yang tepat ataupun lebih di kenali dengan air tangan. Walaupun sukatannya main letak saja, rasanya tetap sedap.

Bahan-bahan yang di gunakan pula adalah bahan-bahan yang terdapat di rumah. Yang paling penting adalah mee tersebut.


Bahan

Mee kuning
Telur
Tauhu
Sawi 
Meatball - jenama ramly
minyak
cili sos
tomato sos
sos tiram
kicap manis
cili giling
Bawang besar
Bawang putih

**** jika tiada bahan-bahan di atas, boleh guna apa saja yang ada di rumah.

Caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih sehingga naik bau. Masukkan cili giling. Masak cili sehingga berminyak.

Masukkan meatall, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap secukupnya. Biar seketika sehingga meatball masak. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.

Masukkan mee kuning & sayur sawi. Gaul sebati.

Sediakan ruang dalam kuali. masukkan telur dan tutup telur tersebut dengan mee. Biar seketika sehingga telur masak.

Sebelum gaul rata telur, masukkan tauhu. Gaul rata.

Dah siap. Hidangkan panas-panas.

You May Also Like

0 comments

loading...

Google+ Followers