Koay Teow Th'ng

by - 10:45 PG

Assalamualaikum wbt. Entry khas buat peminat koay teow th'ng. Koay teow th'ng adalah sup manis yang mana resepi asal adalah dari kaum cina. Belajar resepi rahsia ini dari kakak sepupu yang menjalankan perniagaan kedai makan di Sungai Nibong suatu ketika dulu. Sekarang tempat tu dah tiada.. Dah jadi jalan... Kalau student USM tahu tentang keenakkan sup ini. Masih ada di kolej kediaman ( Sorry lupa nama kolej kediaman tu.. Harapan kot).

Sup ini sedap di makan sepanjang masa. Boleh buat breakfast, makan tengahari, petang dan malam. Ramuan dia memanaskan badan. Memang berpeluh-peluh...

resepi koay teow theng
Koay Teow Th'ng

Resepi Koay Teow Th'ng

Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)

2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.
2 belah dada ayam
1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan
1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan
300 gram gula batu
10 cm halia
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halus
Ajinamoto
Garam - secukup rasa
Gula
Minyak Masak
Bawang putih - 3 labu
Cili boh - 1 bungkus kecil
Daun bawang - di hiris halus
Taugeh - di celur

Sup Manis

Panaskan 3-4  liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam. 
Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.

Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng

3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Tips:
1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.
2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.
3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.

Sambal Sup

Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:
1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal sup
6. Minyak bawang putih
7. Daun Bawang

Selamat mencuba!

You May Also Like

0 comments

loading...

Google+ Followers